
Baru-baru ini diadakan Hari Malaysia yang bertempat di Padang Merdeka Kota KInabalu Sabah. Perayaan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Satu isu yang menarik satu ketika dulu berhubung dengan Hari Malaysia ini, ramai yang memberikan cadangan agar 16 September juga dijadikan sebagai Hari Kemerdekaan. Mengingatkan isu ini, saya cuma tersenyum sendiri. Memang benar kata-kata para pemimpin Barisan Nasional agar Hari Kemerdekaan hanya satu sahaja iaitu 31 Ogos. Bagi saya, tidak perlu ada dua hari kemerdekaan dalam konteks Malaysia (Sabah+Sarawak+Malaya). Paling penting yang penduduk Sabah perlu tanamkan dalam hati ialah, 16 September 1963 bermakna Kemerdekaan Sabah sekaligus pembentukan Malaysia dengan wilayah British yang telah merdeka lebih awal (Malaya). Oleh itu, bagi saya penduduk Sabah tidak perlu "kecoh" tentang 31 Ogos ini, kerana ia tidak berkaitan dengan Sabah. Cuma, terapkan dalam diri semangat Malaysia dan Jati Diri Rakyat Malaysia pada setiap 16 September. Apa pun, semua di atas hanyalah pendapat semata. :)
Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru
No comments:
Post a Comment