Thursday, June 18, 2009

Sabah Milik Rakyat Sabah


Sampai sekarang Philipines masih menuntut hak ke atas Sabah. Saya fikir, sehingga hari ini mereka masih tidak faham mengenai status sebenar Sabah. Hingga ke hari ini pendidikan sejarah Philipines masih memasukkan Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka. Manakala gunung Kinabalu mereka gelar sebagai Montain Maria. Thats Shitty pilak didnt understand where they are. Borneo ini di huni oleh kaum Dayak (Iban, Murut, Dusun, Lundayeh, Tagol, Tidung dan lain lain Native Borneo seperti Brunei, Melayu Borneo dan Banjar. Suluk, Bajau dan Tagalog tidak ditakrifkan sebagai native borneo (Dayak) kerana mereka bukan berasal dari pulau Borneo.) Pada akhir penjajahan tahun 60-an, British telah memberikan peluang kepada kaum Dayak di Sabah dan Dayak di Sarawak untuk memilih merdeka dengan menyertai Malaysia. Dan semua penduduk Sabah dan Sarawak memilih untuk menyertai persekutuan Malaysia dan mempunyai kabinet sendiri.

Apa yang paling menghairankan saya, Sultan Kiram menuntut Sabah dan mahukan hasil mahsul Sabah untuk diserahkan kepada Kesultanan Sulu atau Philipines untuk di agih-agihkan kepada penduduk Mindanao. Apa ni???!!! Apa dia orang ingat ini tanah dia orang ka? Sultan Kiram itu orang pulau. Dulu memang la keluarga dia memerintah Sabah (tapi memerintah tidak semestinya memiliki). Tapi rakyat berhak menolak orang yang memerintah dan 100% rakyat Sabah (100% itu adalah Asli Sabahan, kalau ada yang menyokong itu adalah pilak-pilak pendatang haram tanpa izin yang mendapat IC Projek- ini cakap cakap kedai kopi yang aku dengar laa, kat Sabah orang tak hairan benda ni). Berapa ramai orang orang pulau atau pilak yang telah datang ke Sabah kini, hanya kerana tuntutan si Kiram yang cuba merampas tanah nenek moyang kita ini (tanah nenek moyang si Kiram itu dan rakyat philipine nya adalah pulau-pulau dan mereka adalah lanun). Lihatlah di KK saja sekarang, pilak-pilak yang tidak sedar diri dengan menjadi penyamun penyamun, pemintah sedekah dan berjalan mendabik dada sudah begitu ramai di KK. Belum lagi ditambah dengan kehadiran mereka di Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan dan mengaku suluk tempatan sehingga berani berebut tanah adat dengan penduduk tempatan keturunan Suluk dan Bajau seperti yang berlaku di Semporna dan Lahad Datu.

Isu tuntutan orang-orang pulau yang mahu menjadi tuan kepada Dayak ini kini menjadi isu yang berbau peperangan. (klik link ini) http://www.manilatimes.net/national/2008/oct/25/yehey/prov/20081025pro2.html Saya terfikir, adakah kaum Dayak akan membiarkan tanah mereka dirampas oleh lanun-lanun selatan Philipina? Sudah tentu kita akan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Semangat perang Dayak yang telah lama terkubur sejak budaya "Head Hunting" ditinggalkan akan menjelma semula di Sabah. Dan semangat ini akan menjadi semangat perang ke atas lanun-lanun yang cuba merampas tanah air kita. Jika mereka datang untuk merampas tanah bertuah nenek moyang kita ini, kepala mereka adalah bayarannya.

Monday, January 5, 2009

http://www.emailtunai.com/?v=4962b5f918c08

http://www.emailtunai.com/?v=4962b5f918c08

try link ni.. anyway, saya baru try nak buat Affiliate nih... hehehehehhehe

Saturday, November 29, 2008

Tamu Jalan Gaya

Pagi Hari ini, awal pagi saya dah keluar rumah. entah kenapa rajin pulak saya bangun awal hujung minggu. Biasanya, orang muda yang kerja 5 hari seminggu suka bangun lewat hujung minggu. Yalah, bukan ada komitmen lain pun. Hari ni, awal pagi saya ke Jalan Gaya. Bukan apa, saja nak tengok tamu. Seronok jugak jalan-jalan di tamu ni. Sejak sekolah menengah hinggalah habis universiti saya dah jarang ke Tamu. Dulu masa kecik-kecik saya rajin, sebab selalunya saya ikut mak atau makcik berjualan. :). Memang seronok, sebab boleh dapat duit. Tapi kali nie, jalan-jalan cari makan ja sama kawan. Bila jalan-jalan di tamu ni, terfikir pulak saya betapa beruntungnya hidup di bumi Sabah ini. Kaum-kaum di Sabah saling beramah mesra, Bajau, KadazanDusun, Suluk, Brunei, Cina dan sebagainya saling berkongsi tempat berniaga. Malah saling tawar menawar dengan mesra. Apapun, keindahan Sabah boleh diterjemahkan dalam banyak perkara. :)



Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Monday, November 17, 2008

VIDEO KISAH NYATA AZAB KUBUR

Lama tak tulis blog. Sedihnya sebab sibuk baru-baru ini. Ketika blog ini di post, my uncle passed away sehari kelmarin. Masih teringat bagaimana suasana tanah perkuburan ketika pengkebumian petang kelmarin. Bercakap tentang siksa kubur, subahanAllah.. Saya teringat tentang satu video siksa kubur. Sebulan yang lalu, saya mendapat satu video dalam format .3gp daripada adik saya. Terus terang, video ini membuat kita merenung kembali kelemahan sendiri. Tiba-tiba pada hari ini, saya mendapati satu perkara yang amat membingungkan. Saya melayari laman web www.uncoverreality.com, dan menemui beberapa gambar yang amat menyerupai gambar dalam video ini. Dalam video ini, gambar jenazah yang dimaksudkan adalah lelaki iaitu kononnya remaja lelaki yang rosak akhlak. Manakala dalam dapatan saya melalui www.uncoverreality.com dikatakan jenazah ini adalah mayat seorang perempuan kaukasia (caucasus women). Apa pun yang saya katakan disini, sila la anda membuat penilaian sendiri.














Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Tuesday, November 4, 2008

Kesultanan Sulu dan Rakyat Sabah.

Siapakah sebenarnya pewaris Kesultanan Sulu
Datu Pengeran Tua Nov 19, 04 4:03pm

Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya. Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan. Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua.

Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah? Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris – tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu – akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.

Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu. Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:

a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar). b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda. Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

Tuntutan:

1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram. * Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada "Encik Amir Hamzah" yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.

2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V. * Merujuk kepada "Salasilah & Kitab Khutbah" Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh “disahkan" akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.

3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II. * Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I - dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu and Sabah", jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu "Sultan Jamalul-Kiram-II" yang mangkat pada tahun 1936 "tiada mempunyai waris”. Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah "menyamar" selaku waris kepada Sultan Sulu.

4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin. * Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.

5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).

* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan "Pewaris Kedua Kesultanan Sulu".

Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh "Pewaris Pertama Kesultanan Sulu" (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu. Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan "Pewaris dan Penyambung" (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.

Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.

http://www.malaysiakini.com/letters/31492.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis pada 19 November oleh Datu Pengeran Tua ini. Artikel ini tersiar dalam laman MalaysiaKini.com. Saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit jawapan dan komen mudah terhadap artikel ini. Pertama yang saya mahu katakan, perkara seperti tuntutan ini adalah MENGARUT dan MEMBUANG MASA.


Saudara Datu Pangeran Tua mengatakan “perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan”.

Jawapan.
Begitu juga dengan kami rakyat Sabah. Kaum kadazandusun adalah kaum yang terbesar di Sabah, diikuti dengan kaum Bajau dan Murut, Suluk dan Brunei serta sub-kaum dalam suku utama ini.. Melalui satu pungutan suara, para wakil kaum ini (ketika itu, kerancakan kehadiran pendatang tanpa izin Philipina masih belum ketara), kami rakyat Sabah memilih untuk merdeka sendiri di atas TANAH AIR KAMI. Ingin saya ingatkan kepada Saudara Datu Pangeran Tua (saya tidak pasti Datu Pangeran Tua ini original local atau berasal daripada Philipina yang menyusup masuk tanpa apa-apa dokumen semenjak 1970-an), Tun Mustapha (Suluk Sabah Local/one of the Fathers/Founder for Sabah Independence) sendiri tidak pernah meng'claim Sabah ini untuk Keluarga Sultan Sulu.


Saudara Datu Pangeran Tua mengatakan “Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?”

Jawapan.
Kesultanan Sulu menganggap kami rakyat Sabah ini sebagai apa? Hamba yang mempunyai tuan? Sesungguhnya Datu Pangeran Tua sangat suka BERANGAN-ANGAN. KAMI RAKYAT SABAH ADALAH TUAN KEPADA TANAH KAMI SENDIRI. Sejak zaman berzaman penduduk Sabah memelihara lagenda kebanggaan kaum masing2 yang hidup di tanah bertuah ini. Enough is enough. Kaum BAJAU dan SULUK Originally Local seperti Bajau Kota Belud dan Bajau Tuaran serta Suku Suluk Semporna sendiri pun amat menentang pendapat Datu Pengiran Tua ini. Kalau ada yang sependapat dengan Datu Pengiran Tua ini, itu hanyalah orang yang apa yang penduduk Sabah gelarkan hari ini sebagai "orang pelipin" atau "pilak" yang perasan dirinya penduduk tempatan. Dulu, kaum-kaum di Sabah hidup dalam penjajahan Kesultanan Brunei, kemudian tanah kami ini sewenangnya-wenangnya diberikan kepada Kesultanan Sulu. Seolah-olah para penduduk Borneo Utara ini hanyalah hamba bagi kedua-dua kerajaan tersebut. Sekarang, apabila penduduk Borneo Utara ini telah mendapat peluang untuk memerintah sendiri (Kerajaan Sabah mempunyai Barisan Kabinet sendiri) dan bergabung dengan Sarawak dan Malaya menjadi Persekutuan Malaysia (Malaysia), pihak keluarga Kiram dengan sewenang-wenangnya meng’claim semula Sabah ini. Soal “tuan tanah” adalah sangat KARUT jika Datu Pangeran Tua mengatakan Sabah ini tuannya adalah Sultan Sulu. Sabah adalah hak kami, kami sendiri yang memerintahnya, hasil mahsul tanah kami, kami sendiri yang menikmatinya. Lagipun, Orang Pulau seperti Keluarga Kiram tidak mempunyai Hak untuk menganggap diri mereka sebagai Tuan kepada tempat kami sedangkan kami adalah penduduk asli/asal di Sabah ini. Kesultanan Sulu dan waris-warisnya termasuk waris palsu (yang jelas tuntutan ini hanya kerana factor tamak dan nama) hanya berangan-angan. Andainya Sultan Sulu menghantar bala tenteranya untuk menawan Sabah, para penduduk Sabah pasti akan BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR.


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Pengarah BPR Sabah P/TPj Hjh. Latifah bt. Md. Yatim berpindah ke BPR Pulau Pinang.


Pada 3 November 2008 bertempat di Kompleks Badan Pencegah Rasuah Pulau Pinang, 44 Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang telah berlangsung satu lagi sejarah kepada BPR Pulau Pinang iaitu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah BPR Pulau Pinang antara bekas Pengarah BPR Pulau Pinang P/TPj Hjh. Nooraziah bt. Abd. Manaf dan P/TPj Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, bekas Pengarah BPR Sabah sebagai Pengarah BPR Pulau Pinang yang baru. Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Zakaria bin Hj. Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah II BPR Malaysia.

Sumber; http://www.bpr.gov.my/cda/m_news/news_bp_details.php?id=197


Satu kerugian besar buat penduduk Sabah, kerana Hajah Latifah iaitu seorang Pengarah BPR yang telus dan berani berpindah ke Pulau Pinang. Seperti mana yang kita ketahui, semenjak Hajah Latifah menjadi Pengarah BPR Sabah, banyak mata yang dulu pejam menjadi celik. Rasuah berkenaan tanah, politik dan sebagainya menjadi tajuk berita. Malah Banyak isu yang timbul melibatkan pegawai-pegawai kerajaan. Sesungguhnya, Hajah Latifah merupakan antara seorang Pegawai kerajaan yang paling berani, tulus, ikhlas dan cekal. Malangnya beliau berpindah ke Pualau Pinang di saat rakyat Sabah masih perlukannya. Semoga Allah S.W.T merahmati perjalanan kerjaya beliau dalam BPR.

Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Thursday, October 30, 2008

PTI... oooh... PTI...


Baru-baru ini 145 orang PATI di tahan dalam serbuan di Keningau (New Sabah Times, 31 Oktober 2008). Sedikit masa lalu, operasi yang sama dilakukan di Keningau, dan sejumlah yang banyak tangkapan juga telah dibuat. Malangnya, dalam operasi kali ini, masih ramai pendatang haram yang ditahan. Sememangnya Sabah tidak pernah sunyi dengan cerita para pendatang tanpa izin ini. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara dan Banci pada awal tahun 1980-an menunjukkan penduduk Sabah lebih 1.5 Juta orang. Pada zaman millenium ini, penduduk Sabah kini serama 3 Juta lebih orang. hehe... Namapaknya Sabah ni beranak-pinak dengan terlalu ramai. Hahaha.. Ssuatu perkara yang menjadi rumour di Sabah, perjalanan ke dari Philipine ke Sabah hanyalah dari Centre Point ke Kg. Air di Kota Kinabalu. Inilah legasi dan warisan daripada segelintir pemimpin-pemimpin terdahulu yang tamak kuasa.


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru