Saturday, November 29, 2008

Tamu Jalan Gaya

Pagi Hari ini, awal pagi saya dah keluar rumah. entah kenapa rajin pulak saya bangun awal hujung minggu. Biasanya, orang muda yang kerja 5 hari seminggu suka bangun lewat hujung minggu. Yalah, bukan ada komitmen lain pun. Hari ni, awal pagi saya ke Jalan Gaya. Bukan apa, saja nak tengok tamu. Seronok jugak jalan-jalan di tamu ni. Sejak sekolah menengah hinggalah habis universiti saya dah jarang ke Tamu. Dulu masa kecik-kecik saya rajin, sebab selalunya saya ikut mak atau makcik berjualan. :). Memang seronok, sebab boleh dapat duit. Tapi kali nie, jalan-jalan cari makan ja sama kawan. Bila jalan-jalan di tamu ni, terfikir pulak saya betapa beruntungnya hidup di bumi Sabah ini. Kaum-kaum di Sabah saling beramah mesra, Bajau, KadazanDusun, Suluk, Brunei, Cina dan sebagainya saling berkongsi tempat berniaga. Malah saling tawar menawar dengan mesra. Apapun, keindahan Sabah boleh diterjemahkan dalam banyak perkara. :)



Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Monday, November 17, 2008

VIDEO KISAH NYATA AZAB KUBUR

Lama tak tulis blog. Sedihnya sebab sibuk baru-baru ini. Ketika blog ini di post, my uncle passed away sehari kelmarin. Masih teringat bagaimana suasana tanah perkuburan ketika pengkebumian petang kelmarin. Bercakap tentang siksa kubur, subahanAllah.. Saya teringat tentang satu video siksa kubur. Sebulan yang lalu, saya mendapat satu video dalam format .3gp daripada adik saya. Terus terang, video ini membuat kita merenung kembali kelemahan sendiri. Tiba-tiba pada hari ini, saya mendapati satu perkara yang amat membingungkan. Saya melayari laman web www.uncoverreality.com, dan menemui beberapa gambar yang amat menyerupai gambar dalam video ini. Dalam video ini, gambar jenazah yang dimaksudkan adalah lelaki iaitu kononnya remaja lelaki yang rosak akhlak. Manakala dalam dapatan saya melalui www.uncoverreality.com dikatakan jenazah ini adalah mayat seorang perempuan kaukasia (caucasus women). Apa pun yang saya katakan disini, sila la anda membuat penilaian sendiri.














Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Tuesday, November 4, 2008

Kesultanan Sulu dan Rakyat Sabah.

Siapakah sebenarnya pewaris Kesultanan Sulu
Datu Pengeran Tua Nov 19, 04 4:03pm

Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya. Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan. Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua.

Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah? Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris – tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu – akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.

Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu. Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:

a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar). b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda. Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

Tuntutan:

1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram. * Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada "Encik Amir Hamzah" yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.

2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V. * Merujuk kepada "Salasilah & Kitab Khutbah" Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh “disahkan" akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.

3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II. * Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I - dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu and Sabah", jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu "Sultan Jamalul-Kiram-II" yang mangkat pada tahun 1936 "tiada mempunyai waris”. Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah "menyamar" selaku waris kepada Sultan Sulu.

4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin. * Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.

5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).

* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan "Pewaris Kedua Kesultanan Sulu".

Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh "Pewaris Pertama Kesultanan Sulu" (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu. Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan "Pewaris dan Penyambung" (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.

Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.

http://www.malaysiakini.com/letters/31492.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis pada 19 November oleh Datu Pengeran Tua ini. Artikel ini tersiar dalam laman MalaysiaKini.com. Saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit jawapan dan komen mudah terhadap artikel ini. Pertama yang saya mahu katakan, perkara seperti tuntutan ini adalah MENGARUT dan MEMBUANG MASA.


Saudara Datu Pangeran Tua mengatakan “perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan”.

Jawapan.
Begitu juga dengan kami rakyat Sabah. Kaum kadazandusun adalah kaum yang terbesar di Sabah, diikuti dengan kaum Bajau dan Murut, Suluk dan Brunei serta sub-kaum dalam suku utama ini.. Melalui satu pungutan suara, para wakil kaum ini (ketika itu, kerancakan kehadiran pendatang tanpa izin Philipina masih belum ketara), kami rakyat Sabah memilih untuk merdeka sendiri di atas TANAH AIR KAMI. Ingin saya ingatkan kepada Saudara Datu Pangeran Tua (saya tidak pasti Datu Pangeran Tua ini original local atau berasal daripada Philipina yang menyusup masuk tanpa apa-apa dokumen semenjak 1970-an), Tun Mustapha (Suluk Sabah Local/one of the Fathers/Founder for Sabah Independence) sendiri tidak pernah meng'claim Sabah ini untuk Keluarga Sultan Sulu.


Saudara Datu Pangeran Tua mengatakan “Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?”

Jawapan.
Kesultanan Sulu menganggap kami rakyat Sabah ini sebagai apa? Hamba yang mempunyai tuan? Sesungguhnya Datu Pangeran Tua sangat suka BERANGAN-ANGAN. KAMI RAKYAT SABAH ADALAH TUAN KEPADA TANAH KAMI SENDIRI. Sejak zaman berzaman penduduk Sabah memelihara lagenda kebanggaan kaum masing2 yang hidup di tanah bertuah ini. Enough is enough. Kaum BAJAU dan SULUK Originally Local seperti Bajau Kota Belud dan Bajau Tuaran serta Suku Suluk Semporna sendiri pun amat menentang pendapat Datu Pengiran Tua ini. Kalau ada yang sependapat dengan Datu Pengiran Tua ini, itu hanyalah orang yang apa yang penduduk Sabah gelarkan hari ini sebagai "orang pelipin" atau "pilak" yang perasan dirinya penduduk tempatan. Dulu, kaum-kaum di Sabah hidup dalam penjajahan Kesultanan Brunei, kemudian tanah kami ini sewenangnya-wenangnya diberikan kepada Kesultanan Sulu. Seolah-olah para penduduk Borneo Utara ini hanyalah hamba bagi kedua-dua kerajaan tersebut. Sekarang, apabila penduduk Borneo Utara ini telah mendapat peluang untuk memerintah sendiri (Kerajaan Sabah mempunyai Barisan Kabinet sendiri) dan bergabung dengan Sarawak dan Malaya menjadi Persekutuan Malaysia (Malaysia), pihak keluarga Kiram dengan sewenang-wenangnya meng’claim semula Sabah ini. Soal “tuan tanah” adalah sangat KARUT jika Datu Pangeran Tua mengatakan Sabah ini tuannya adalah Sultan Sulu. Sabah adalah hak kami, kami sendiri yang memerintahnya, hasil mahsul tanah kami, kami sendiri yang menikmatinya. Lagipun, Orang Pulau seperti Keluarga Kiram tidak mempunyai Hak untuk menganggap diri mereka sebagai Tuan kepada tempat kami sedangkan kami adalah penduduk asli/asal di Sabah ini. Kesultanan Sulu dan waris-warisnya termasuk waris palsu (yang jelas tuntutan ini hanya kerana factor tamak dan nama) hanya berangan-angan. Andainya Sultan Sulu menghantar bala tenteranya untuk menawan Sabah, para penduduk Sabah pasti akan BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR.


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Pengarah BPR Sabah P/TPj Hjh. Latifah bt. Md. Yatim berpindah ke BPR Pulau Pinang.


Pada 3 November 2008 bertempat di Kompleks Badan Pencegah Rasuah Pulau Pinang, 44 Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang telah berlangsung satu lagi sejarah kepada BPR Pulau Pinang iaitu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah BPR Pulau Pinang antara bekas Pengarah BPR Pulau Pinang P/TPj Hjh. Nooraziah bt. Abd. Manaf dan P/TPj Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, bekas Pengarah BPR Sabah sebagai Pengarah BPR Pulau Pinang yang baru. Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Zakaria bin Hj. Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah II BPR Malaysia.

Sumber; http://www.bpr.gov.my/cda/m_news/news_bp_details.php?id=197


Satu kerugian besar buat penduduk Sabah, kerana Hajah Latifah iaitu seorang Pengarah BPR yang telus dan berani berpindah ke Pulau Pinang. Seperti mana yang kita ketahui, semenjak Hajah Latifah menjadi Pengarah BPR Sabah, banyak mata yang dulu pejam menjadi celik. Rasuah berkenaan tanah, politik dan sebagainya menjadi tajuk berita. Malah Banyak isu yang timbul melibatkan pegawai-pegawai kerajaan. Sesungguhnya, Hajah Latifah merupakan antara seorang Pegawai kerajaan yang paling berani, tulus, ikhlas dan cekal. Malangnya beliau berpindah ke Pualau Pinang di saat rakyat Sabah masih perlukannya. Semoga Allah S.W.T merahmati perjalanan kerjaya beliau dalam BPR.

Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Thursday, October 30, 2008

PTI... oooh... PTI...


Baru-baru ini 145 orang PATI di tahan dalam serbuan di Keningau (New Sabah Times, 31 Oktober 2008). Sedikit masa lalu, operasi yang sama dilakukan di Keningau, dan sejumlah yang banyak tangkapan juga telah dibuat. Malangnya, dalam operasi kali ini, masih ramai pendatang haram yang ditahan. Sememangnya Sabah tidak pernah sunyi dengan cerita para pendatang tanpa izin ini. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara dan Banci pada awal tahun 1980-an menunjukkan penduduk Sabah lebih 1.5 Juta orang. Pada zaman millenium ini, penduduk Sabah kini serama 3 Juta lebih orang. hehe... Namapaknya Sabah ni beranak-pinak dengan terlalu ramai. Hahaha.. Ssuatu perkara yang menjadi rumour di Sabah, perjalanan ke dari Philipine ke Sabah hanyalah dari Centre Point ke Kg. Air di Kota Kinabalu. Inilah legasi dan warisan daripada segelintir pemimpin-pemimpin terdahulu yang tamak kuasa.


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Wednesday, October 22, 2008

Alahai... United States........


U.S selalu menyatakan bahawa mereka merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen. pendek kata, demokrasi yang sebenar-benarnya. Hinggakan Indonesia juga, selepas kejatuhan Soeharto juga mengatakan mereka merupakan negara demokrasi sebenar kedua selepas U.S (walaupun seorang pejuang HAM, iaitu Pak Munir di bunuh dengan pengelibatan pemerintah Indonesia). Kini dengan kemunculan seorang pemimpin kulit hitam U.S seperti Barack Obama, kita akan dapat melihat adakah demokrasi sebenar dapat dilihat di U.S sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh mereka? Ini kerana kita dapat lihat sendiri bagaimana perjalanan kempen seteru politik Obama iaitu McCain dicemari dengan politik perkauman dan isu-isu yang memandang rendah kaum kulit hitam. Apapun, kita tunggu dan lihat saja. :)


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Monday, October 20, 2008

Wajah Baru, Semangat Baru Pemuda UMNO


Nampaknya pentas pemilihan untuk jawatan-jawatan penting parti terbesar negara memperlihatkan sesuatu yang agak menarik dan tidak boring untuk diikuti. Namun apa yang paling menarik saya di sini, adalah pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Nampaknya karisma mengatasi wang dan kedudukan sedia ada. Kenapa saya katakan begini? Terdapat banyak sekali rumour yang mengatakan Khir Toyo dan Khairy Jamaludin sangat pemurah, manakala si Mukhriz kedekut taik idung masin. Pencalonan daripada Kota Belud, Kota Kinabalu dan Kundasang memperlihatkan kebaikan hati Khir Toyo dan Khairy yang mana wakil-wakilnya menderma sekitar RM100-RM150 seorang kepada anggota bahagian yang mengundi mereka, dan memperlihatkan betapa kedekutnya Mukhriz yang tidak mahu menderma walau sesen pun kepada mana-mana pengundi. Namun yang menariknya, UMNO bahagian ini telah mengundi untuk mencalonkan Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Apa ni? Kedekut pun dapat sokongan ka? Saya tak tahu la cerita-cerita "menderma ni" ni benar atau tidak. Kalau rumour tu, biasalah, cerita kedai kopi. Tapi saya tak heran pun kalau betul. Masa kecik-kecik dulu pun, orang di kampung biasanya akan mengundi kepada mana-mana parti yang mampu memberikan mereka wang, kononnya untuk tambang, beli gula/kopi dan beras. Apapun, bagi saya karisma mengatasi segala keperluan untuk seorang pemimpin. Katakan tidak kepada politik wang..


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Sunday, October 19, 2008

Hari Malaysia 16 September 2008


Baru-baru ini diadakan Hari Malaysia yang bertempat di Padang Merdeka Kota KInabalu Sabah. Perayaan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Satu isu yang menarik satu ketika dulu berhubung dengan Hari Malaysia ini, ramai yang memberikan cadangan agar 16 September juga dijadikan sebagai Hari Kemerdekaan. Mengingatkan isu ini, saya cuma tersenyum sendiri. Memang benar kata-kata para pemimpin Barisan Nasional agar Hari Kemerdekaan hanya satu sahaja iaitu 31 Ogos. Bagi saya, tidak perlu ada dua hari kemerdekaan dalam konteks Malaysia (Sabah+Sarawak+Malaya). Paling penting yang penduduk Sabah perlu tanamkan dalam hati ialah, 16 September 1963 bermakna Kemerdekaan Sabah sekaligus pembentukan Malaysia dengan wilayah British yang telah merdeka lebih awal (Malaya). Oleh itu, bagi saya penduduk Sabah tidak perlu "kecoh" tentang 31 Ogos ini, kerana ia tidak berkaitan dengan Sabah. Cuma, terapkan dalam diri semangat Malaysia dan Jati Diri Rakyat Malaysia pada setiap 16 September. Apa pun, semua di atas hanyalah pendapat semata. :)


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru

Thursday, October 16, 2008

Sabah.. Ooh.. Sabah..

Sabah.. Siapa anak Sabah yang tidak bangga dengan identiti diri sebagai Sabahan? Setiap tahun kita ada dua perayaan kebangsaan. Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan 16 September sebagai hari Malaysia. Selain itu, negeri bertuah kita ni di didiami oleh pelbagai suku kaum menjadikan negeri kita lebih berwarna-warni. Warna-warni ini menuntut kita menyambut pelbagai perayaan. Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina, Kaamatan dan sebagainya. Paling penting, walau apa pun yang saya katakan tentang Sabah, SAYA BANGGA ANAK SABAH. :)


Buat Duit Dengan Email
Anda dibayar RM5.00 Untuk Ahli Baru